Khasiat Limau Nipis dalam Perubatan
9 . Amalkan secara berturut-turut selama 7 hari.
Limau nipis atau nama botaninya citrus aurantifolia. Pohon limau nipis
boleh mencapai ketinggian hingga 4 meter, lebih pendek dari limau purut.
Buahnya berbentuk bulat sebesar bola ping pong dengan kulit luar berwarna
hijau, setelah tua menjadi kuning. Seperti buahnya yang kecil, bunganya pun
berukuran kecil-kecil berwarna putih. Rasa masam pada limau nipis dan semua
jenis limau lainnya, berperanan pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah
lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu
menghilangkan racun-racun dalam tubuh.
Gabungan bahan-bahan seperti bunga-bungaan yang terpilih dan beberapa biji limau nipis yang disatukan ke dalam air mutlak mengikut tatacara petua-petua orang tua-tua dahulu yang arif yang didoakan dengan doa yang khusus maka tersedialah suatu bahan yang menjadi salah satu ikhtiar bagi mengubati penyakit yang disebabkan oleh gangguan jin dan sihir.
Gabungan bahan-bahan seperti bunga-bungaan yang terpilih dan beberapa biji limau nipis yang disatukan ke dalam air mutlak mengikut tatacara petua-petua orang tua-tua dahulu yang arif yang didoakan dengan doa yang khusus maka tersedialah suatu bahan yang menjadi salah satu ikhtiar bagi mengubati penyakit yang disebabkan oleh gangguan jin dan sihir.
Untuk merawat seseorang yang terkena gangguan jin dan sihir perlu 2
kaedah yang dijalankan serentak didalam satu tindakan. Kaedah yang pertama
ialah PENGOSONGAN dan kaedah yang kedua ialah PEMULIHAN. Menurut kajian, ada
dua perkara yang perlu diselesaikan ke atas seseorang yang diganggu jin iaitu
yang pertama menyelesaikan jin yang mengganggu (PENGOSONGAN) dan merawat tubuh
yang diganggu (PEMULIHAN). Maka dengan itulah penggunaan limau nipis dan juga
bunga-bungaan yang disatukan dalam air sebagai salah satu cara ikhtiar.
Mengapa guna limau nipis
Jin adalah makhluk ciptaan Allah yang berkongsi hidup dengan manusia
dibumi ini. Mereka berjisim halus tidak seperti manusia yang berjisim kasar,
oleh kerana itu golongan mereka ini tidak dapat dilihat bagaimanakah hal
keadaan jisimnya dengan penglihatan mata kasar manusia. Pun begitu, mereka juga
mempunyai akal dan perasaan, justeru mereka juga tergolong dalam golongan yang diperintahkan Allah agar mentaati titah perintah Allah SWT selain
manusia.
Oleh kerana mereka juga berjisim maka tubuh mereka juga akan
bertindakbalas dengan jisim-jisim yang lain. Sebab itulah tubuh mereka akan
mudharat apabila terkena air limau sebagaimana mudharatnya tubuh kasar kita ini
apabila direndam dengan air limau dalam kuantiti yang banyak. Bukankah sesuatu
akan mengalami hakisan apabila direndam dalam cecair yang mempunyai kepekatan
asid yang tinggi? Begitulah yang akan terjadi pada tubuh jin yang akan terhakis
atau hancur apabila dikenakan dengan air perahan limau walaupun dalam kadar
kuantiti yang sedikit kerana tubuh mereka berjisim halus. Maka, air perahan
limau adalah alat ampuh yang dapat memudharatkan tubuh jin sehingga mereka
terpaksa merasai pengalaman sakit yang tidak terhingga.
Maka khasiat mandi limau berkesan untuk memudharatkan tubuh jin yang
bersarang dalam tubuh penghidap gangguan jin sehingga tubuhnya kosong dari
diinap jin.
Cara Ringkas Mandi Limau Nipis
1. Beli 21 limau nipis.
2. Letakkan 21 limau nipis di depan anda dan bacakan ayat-ayat Ruqyah
seperti berikut:
i. Al Fatihah
ii. Al Baqarah Ayat 1-5
iii. Ayat Qursi
iv. Al Maidah Ayat 11
v. Ayat Seribu Dinar (At-Talaq Ayat 2-3)
iv. Al Maidah Ayat 11
v. Ayat Seribu Dinar (At-Talaq Ayat 2-3)
vi. Al Jin Ayat 1-9
vii. Al Ikhlas
viii. Al Falaq
ix. An Nas
3. Isikan air di dalam baldi. Potong 3 biji limau nipis kepada dua bahagian setiap kali hendak mandi dan masuk dan perahkan limau nipis yang sudah
dipotong ke dalam baldi.
4. Mandi dulu dengan air biasa, kemudian baru mandi dengan air limau
ini. Mula mandi dari kepala. Lebihkan siram di belakang tengkuk dan bahu.
5. Sekiranya anda ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar
dari belakang tengkuk anda. Badan dan kepala akan menjadi ringan.
6. Sekiranya anda sendawa atau muntah selepas mandi, nasihat saya sila
dapatkan rawatan Islam berhampiran.
7. Waktu mandi ialah di antara asar dan maghrib.
8. Selesai mandi dengan air limau, jangan di lap dan biarkan air itu
kering sendiri.
Faedah Mandi Limau kepada tubuh badan fizikal
Selain untuk meruqyah gangguan jin, mandi limau juga mempunyai faedah
kepada tubuh badan fizikal seperti berikut:
1. Buang angin dalam badan
2. Hilangkan bisa-bisa dalam badan
3. Hilangkan lenguh-lenguh badan
4. Hilangkan sakit kepala
5. Menyerikan wajah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan