Dunia Ini Satu Permainan
Perhatikan 4 ayat Al-Quran berikut:
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan
yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat
itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu
berfikir? (Al-An'aam 6:32)
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala
kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak
lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu
ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini
tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). (Al-Ankaboot 29:64)
(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan
iman dan takwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan dan jika kamu beriman
serta bertakwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia tidak
meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang
yang lebih baik daripadanya). (Muhammad 47:36)
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak
lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan
(yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang
bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa
keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya
itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang
menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada
kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang
tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi
hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang
berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu)
dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi
orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia
ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Al-Hadid 57:20)
Allah SWT telah melabelkan dunia ini empat kali di dalam Al
Quran sebagai satu permainan. Apa yang kita faham dengan perkataan permainan?
Kalau di zaman modern ni, permainan bolehlah kita fahami seperti game yang
dimainkan oleh anak-anak kita seperti Sony Playstation dan X-box. Jadi,
mengapakah Allah SWT melabelkan dunia ini sebagai satu permainan?
1.1 Dunia Ini Tidak Bernilai Di Sisi Allah SWT
Rasulullah SAW bersabda, “Seandainya dunia punya nilai di
sisi Allah walau hanya menyamai nilai sebelah sayap nyamuk, nescaya Allah tidak
akan memberi minum kepada orang kafir seteguk air pun.” (HR. At-Tirmidzi no.
2320, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani
dalam Ash-Shahihah no. 686)
Kenapa sebelah sayap nyamuk dijadikan perumpamaan kepada
nilai dunia dan seisinya? Ini sebenarnya dikaitkan dengan kisah Namrud Raja
Babylon yang hidup pada 2275 SM.
Susulan dari kisah Ibrahim AS tidak hangus dibakar dalam api
menyebabkan menentangan Namrud semakin hebat keatas Ibrahim AS. Ketika Ibrahim
AS menemuinya, dengan rasa egonya Namrud berkata "Kumpulkan pengikutmu dan
aku akan bawa pula pengikutku." Malahan dia berkata, "Hai Ibrahim,
jika Tuhanmu mempunyai Malaikat, maka kirimlah kepadaku untuk berperang
denganku, jika sanggup ambillah kerajaanku ini." Begitulah sombongnya
Namrud Raja Babylon.
Kebinasaan Namrud ini terjadi pada hari Rabu, ia dibinasakan
Allah SWT dengan tentera nyamuk.
Namrud mempunyai tentera sebanyak 700,000 (tujuh ratus ribu)
penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi
Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah
kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”
Maka Ibrahim AS bermunajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi
sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka
kirimkanlah kepada meraka tentera daripada selemah-lemah makhlukMu iaitu
nyamuk.”
Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang
luas, maka Allah s.w.t. memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah
tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk
bertanya: “Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?” Allah berfirman:
“Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera
Namrud.”
Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk
tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua
darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan
terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka
nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.
Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah
memerintahkan seekor nyamuk untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu
berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka
ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia memakan
otak Namrud selama 40 hari.
Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT. Allah
tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat.
Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh
Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke
dalam orang-orang yang dimurkai Allah SWT.
Ibrahim AS merasa hairan dan takjub melihat peristiwa
tersebut. Kemudian Allah SWT berfirman kepadanya:
“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya
engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan
mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika 1000 (seribu) di antaranya
berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan
juga mereka dengannya.”
Penderitaan Namrud sudah tidak tertanggung sehingga
kepalanya menjadi sangat sakit. Akibat serangan nyamuk itu, Namrud sudah tidak
mampu memerintah. Akibat tidak tahan dengan penderitaan, beliau mengetuk
kepalanya dengan tongkat besinya. Namrud mati akibat kepalanya pecah kerana
diketuk dirinya sendiri. Dia mati dalam kekufuran kerana tidak sempat bertaubat
kepada Allah SWT.
Ada riwayat mengatakan, takkala pecahnya kepala Namrud maka
keluarlah nyamuk tadi yang telah membesar seumpama seekor burung Ciak
(Allahu'alam) dan nyamuk itu telah kehilangan sebelah sayapnya yang terputus
semasa usahanya mengejar Namrud. Maka tawaran Allah s.w.t. kepada nyamuk
tersebut sebagai ganjaran atas tugasnya membinasakan Namrud adalah; dunia dan
segala isinya. Namum dengan ilham daripada Allah ta'ala, nyamuk tersebut hanya
memohon untuk mendapatkan kembali sebelah sayapnya yang terputus itu. Maka
disini jelaslah nilai Dunia dan segala isinya tidak lebih dari sebelah sayap
nyamuk.
Dunia: Segala yang muda akan tua, hidup akan mati, yang ada
akan rosak dan binasa.
Akhirat: Ahli syurga itu muda dan hidup selamanya. Istana
syurga itu kekal selamanya.
Sudah jelas antara dunia dan akhirat yang mana lebih
bernilai disisiNya.
1.2 Dunia Ini Sama Nilainya Dengan Segelas Air
Perhatikan komik sufi berikut:
2. Markah Untuk Menang
Apabila kita bermain game, matlamat kita ialah untuk menang.
Untuk menang, mestilah ada cara pengiraan markahnya. Untuk menang permainan
dunia ini, insan hanyalah perlu mendapat markah 50.1%. Maksudnya pahala yang
dikumpulkan oleh insan mestilah melebihi dosa yang dikumpulkan oleh insan walau
hanya sebanyak 0.1% sahaja sudah dikira menang.
Apakah akibatnya sekiranya insan kalah dalam permainan
dunia? dosa-dosa insan yang melebihi pahala itu mestilah dibersihkan dengan api
neraka dulu sebelum insan dibenarkan untuk masuk ke syurga Allah SWT. Bayangkan
kalau insan hanya melebihi sedikit sahaja dosanya dari pahalanya dan dimasukkan
ke dalam neraka selama satu detik. Sehari di akhirat ialah seribu tahun di
dunia. Oleh itu, satu detik di akhirat ialah bersamaan dengan 1000 tahun / 24
jam / 60 minit / 60 saat = 0.011574 tahun atau 4.224 hari.
Sanggupkah insan dibakar oleh api neraka selama empat hari?
Kalau tak sanggup, berusahalah dengan bersungguh-sungguh membuat amal soleh
agar pahala insan adalah lebih dari dosanya dan membawanya ke syurga.
3. Carilah Akhirat Tapi Jangan Kau Tinggalkan Dunia
Perhatikan ayat Quran berikut:
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan
Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau
melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada
hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian
nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di
muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat
kerosakan. (Al-Qasas 28:77)
Dalam ayat di atas, walaupun Allah SWT menyuruh kita untuk
mencari pahala akhirat, Allah SWT juga menyuruh kita agar tidak melupakan
dunia. Jadi bagaimanakah caranya untuk tidak melupakan dunia itu? Dengan ayat
berikutnya iaitu berbuat baik kepada hamba-hamba Allah SWT sebagaimana Allah
SWT berbuat baik kepada kita.
Untuk mencari akhirat, Allah SWT tidak menyuruh kita untuk
beribadat 24 jam kepadanya. Cukup dengan menunaikan kesemua rukun Islam seperti
solat, puasa, zakat dan haji. Jadi apakah yang perlu kita lakukan diwaktu yang
lain itu? Dengan berbuat baik kepada hamba-hamba Allah SWT iaitu bermuamalat
dengan makhlukNya kerana bermuamalat dengan makhlukNya juga dikira sebagai
kebaikan disisiNya dan akan diberi pahala olehNya.
Perhatikan hadis berikut:
“Ada tiga orang mendatangi rumah isteri-isteri Nabi SAW
bertanya tentang ibadah Nabi SAW. Ketika mereka diberitahukan, seakan-akan
mereka merasa remeh. Dan mengatakan, “Dimana kita dari (ibadahnya) Nabi SAW?
Beliau telah diampuni oleh Allah dosa yang lalu maupun yang akan datang. Salah
satu di antara mereka mengatakan, “Saya akan solat malam selamanya.” Yang lain
mengatakan, “Saya akan berpuasa selamanya dan tidak berbuka.” Dan lainnya
mengatakan, “Saya akan menjauhi wanita dan tidak menikah selamanya.” Rasulullah
SAW datang dan bersabda, “Apakah anda semua yang mengatakan ini dan itu? ‘Demi
Allah, sesungguhnya aku adalah yang paling takut kepada Allah SWT dan paling
bertakwa kepada-Nya. Akan tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat (malam)
dan beristirahat dan aku menikahi wanita. Siapa yang tidak menyukai sunnahku
(kebiasaanku), maka dia bukan dari (golongan)ku.” (HR. Bukhari, no. 5063 dan
Muslim, no. 1401).
Jelas berdasarkan ayat Al-Quran dan hadis di atas, cara
untuk mencari akhirat itu ialah dengan menyeimbangkan urusan dunia dan akhirat
itu. Matlamat kita ialah akhirat tapi jadikanlah dunia ini sebagai jambatan
untuk akhirat. Jadikanlah dunia ini sebagai alat untuk mendapatkan akhirat.
Akhirat itu penting, tapi dunia itu juga jangan ditinggalkan kerana sebenarnya
Allah SWT menjadikan dunia ini juga untuk kita. Segala yang halal di dunia ini
semuanya adalah kenikmatan yang diberi oleh Allah SWT kepada kita.
4. Akhirat 50.1% Dunia 49.9%
Pada pendapat saya, formula yang paling berkesan untuk
menyeimbangkan dunia dan akhirat ialah dengan menggunakan formula ini : Akhirat
50.1% Dunia 49.9%. Maksud formula ini ialah dalam usaha kita untuk mencari
pahala akhirat, kita mestilah menyeimbangkan kedua-duanya dengan kadar yang
seimbang. Jadikanlah dunia ini jambatan dan ladang ke akhirat. Janganlah
terlalu taksub sehinggakan kita abaikan dunia kita iaitu orang-orang di
sekeliling kita. Berusahalah untuk membawa sekali orang-orang di sekeliling
kita iaitu suami/isteri, saudara kandung, anak-anak dan kawan-kawan bersama-sama
kita ke syurga Allah SWT.
Imam Ibnu Katsir -semoga Allah merahmati beliau- menyebutkan
dalam kitab tafsirnya,
{ وَلا
تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا } أي:
مما أباح الله فيها
من المآكل والمشارب والملابس
والمساكن والمناكح، فإن لربك عليك
حقًّا، ولنفسك عليك حقًّا،
ولأهلك عليك حقًّا، ولزورك
عليك حقا، فآت كل
ذي حق حقه.
“Janganlah engkau melupakan nasibmu
dari kehidupan dunia yaitu dari yang Allah SWT bolehkan berupa makanan,
minuman, pakaian, tempat tinggal dan menikah. Rabbmu masih memiliki hak darimu.
Dirimu juga memiliki hak. Keluargamu juga memiliki hak. Isterimu pun memiliki
hak. Maka tunaikanlah hak-hak setiap yang memiliki hak.” (Tafsir Al Qur’an Al
‘Azhim, 6: 37).
Pesan Nabi Muhammad SAW:
"Bekerjalah kamu untuk kepentingan di dunia ini seolah-olah
kamu akan hidup buat selama-lamanya, tetapi beramallah untuk kepentinganmu di
akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari."
[HR Al-Asyakin]
1.2 Dunia Ini Sama Nilainya Dengan Segelas Air
Perhatikan komik sufi berikut:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan