Perkataan 'Mala' adalah kata yang diambil dari satu
manuskrip kuno (scriptures) yang menceritakan kehidupan, perjuangan untuk hidup
dan peperangan yang terjadi di Nusantara beribu tahun dahulu. 'Mala' sebenarnya
bermaksud 'bunga' atau 'haruman'. 'Mala' adalah asas bagi nama bunga Melati dan
Melur; dua bunga yang menjadi lambang yang bertahap 'cult' dalam mistik dan
kesusasteraan Melayu. Nama gadis-gadis Melayu purba kerapkali diberi nama
Melati atau Melur, menunjukkan nama dua bunga ini adalah nama yang tertua dan
terkenal sekali di kalangan bangsa Mala.
Perkataan Mala adalah nama asli bangsa ini, ketika di
sebelah Parsi-Sumeria, bangsa ini digelar Mala-Ur atau negeri Mala/kaum Mala,
tidak hairanlah sarjana Tamil atau Sanskrit Purba menamakan bangsa ini sebagai
Malai-Ur atau Malayur, ini kerana sudah tentu mereka mengambil nama ini dari
manuskrip Sanskrit dan Avesta kerana bangsa Aryanlah yang membawa budaya Vedic
dan warisan ilmu pengetahuan dan kesusasteraan ke Benua Kecil India .
Perhatikan kata Mala-Ur ini berubah menjadi Melur di lidah orang Melayu.
Dari sukukata 'Mala', bangsa purba memberikan pelbagai
panggilan dengan penambahan suffix yang berbeza.
Bunga, haruman dan wangi-wangian adalah salah satu kod rahsia
bangsa misteri. Jika kita ingin mengenali bangsa ini, kita perlu tahu apakah
signifikannya perlambangan bunga dan wangi-wangian kepada bangsa Melayu. Bangsa
misteri ini telah sekian lama menghasilkan wangi-wangian untuk tujuan
perubatan, mistik atau mengawet sesuatu. Bangsa misteri selain menggunakan
bunga-bungaan, sering juga menggunakan rempah-rempah untuk mewangikan ruangan
rumah atau balai.
Mengapa kerajaan-kerajaan Eropah berlumba-lumba mahu
menguasai Selat Melaka?Antara faktor terbesar ialah untuk menguasai perdagangan
rempah. Rempah-ratus adalah bahan yang penting untuk memanaskan tubuh, sebagai
ubat-ubatan dan resepi masakan. Dan perdagangan rempah sebenarnya telah
dikuasai oleh pelabuhan-pelabuhan Melayu. Mengapa? Pada zaman dahulu ketika
para pedagang Eropah mendapat bekalan rempah dari pedagang India
dan Arab, mereka tertanya-tanya dari manakah para pedagang Arab dan India
ini memperolehi bekalan rempah ini dalam jumlah yang banyak. Ini membuatkan
mereka berusaha untuk mengetahui sumber segala rempah ratus ini dan berharap
dapat menguasai tempat di mana rempah-rempah ini didapati.
Rempah adalah satu bahan yang penting dalam kehidupan mistik
di dalam istana Firaun dan rahib-rahib Judea Kuno. Para
ahli sihir Firaun adakalanya menaburkan rempah-rempah di dalam persembahan
sihir mereka kerana bau rempah-rempah yang harum dan beraroma ini menimbulkan
sensasi dan mengkhayalkan; membantu mereka dalam kerja-kerja sihir mereka. Para
rahib Judea (Kerajaan Yahudi Kuno, selain kerajaan Samaria )
kerapkali membakar kemenyan; salah satu campuran rempah dalam bentuk getah
pepejal untuk melengkapkan ritual mereka.
Pokok Kemenyan (Styrax benzoin Dryand) adalah pokok yang
biasanya ditemui di Kepulauan Melayu. Sebab itu para Firaun secara rahsia
mengimport rempah-ratus dan kemenyan dari Kepulauan Melayu. Di Kuil
Hatshepshut, ada terukir kisah-kisah pelayaran delegasi Firaun ke Nusantara,
dan terdapat ukiran pohon-pohon besar yang amat rendang seperti yang terdapat
pada pokok Jati, Keruing atau Merapoh. Pohon-pohon besar ini juga ada yang
dibawa ke Mesir untuk di tanam di sana.Kemenyan dan rempah sememangnya
diketahui hanya didapati dari Nusantara.
Bangsa Mala yang tinggal di kepulauan sudah semestinya
berasal dari Tanah Besar juga, tetapi terdapat tiga kemungkinan,
1. Sama ada mereka berasal Tanah Kanaan, menuju ke Himalaya,
merentasi Sungai Mekong hingga ke Yunnan seterusnya menurun ke Benua Siam
(Indochina) dan belayar ke Kepulauan Melayu. Rujuk Teori Ibrahim-Keturah
2. Atau dari Tanah Kanaan, mereka menuju ke arah laut dan
belayar hingga ke kepulauan Melayu. Rujuk Teori Pelayaran Raja Mus.
3. Mereka sememangnya tinggal di daratan Tanah Besar tetapi
perubahan geografi menyebabkan Tanah Besar terpisah-pisah menyebabkan
terjadinya pulau-pulau. Rujuk Teori Lemuria dan pencairan ais ketika
berakhirnya Zaman Ais serta Teori Hanyutan Benua.
Sebab itu apabila apabila seorang gadis dari Nusantara telah
disunting oleh seorang lelaki terhormat dari Tanah Kanaan, sumber-sumber
Judeo-Sumeria menggelarkan gadis itu Keturah, atau 'kemenyan/wangi-wangian'
dalam bahasa Ibrani menunjukkan nama sebenar gadis itu kemungkinan adalah
'Melur', 'Melati' atau 'Damar Wangi' dalam sebutan Nusantara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan