Rabu, 8 Julai 2020

Mengenali Dajjal Dan Fitnahnya

Siapakah Dajjal?


Dajjal ialah makhluk yang akan keluar di akhir zaman sebelum kiamat berlaku. Dajjal disebutkan dalam banyak hadis Rasulullah SAW sehinggakan kita boleh senaraikan ciri-ciri fizikal Dajjal seperti berikut: manusia, lelaki, bertubuh besar, tinggi, berambut kerinting, matanya buta sebelah, mempunyai kulit yang kehitam-hitaman, berdahi lebar, berumur panjang, boleh hidupkan orang yang dah mati (sihir), boleh sembuhkan penyakit (sihir), boleh keluarkan emas (sihir), boleh suburkan tanaman (sihir), boleh matikan tanaman (sihir). Setiap orang beriman boleh membaca 3 huruf yang terletak di dahinya Ka, Fa, Ra = Kafir.


Ustaz Don Daniyal Biyajid - Ayah Mak Kita Meninggal Lama Dah! Tau-Tau Depa Muncul Balik!


Perhatikan hadis berikut:
"...seandainya dia (Dajjal) keluar sedangkan aku berada dikalangan kamu, maka akulah yang akan berhadapan dengannya bagi mewakili setiap umat Islam. Dan jika dia (Dajjal) keluar selepas kematianku,maka setiap kamu adalah bertanggungjawab bagi dirinya sendiri (bertanggungjawab untuk melawannya) & Allah SWT adalah sebagai penolong kamu sekalian"

(Hadith sahih diriwayatkan oleh Ibnu Majah & Ibnu Khuzaimah dari Abu Umammah)



100 tahun sebelum kelahiran Nabi Musa a.s
bertempat di Samirah,Palestin,
mak bapak yang berketurunan penzina.
Dia selalu bawa bahaya kepada orang tuanya,
sejak lahir sampai umurnya 5 tahun,
dia asyik tidur saja...

Apabila Allah bagi bala pada negerinya,
budak tu dibawa ke satu pulau oleh Jibril& dijaga oleh seekor binatang berbulu tebal yang bernama Jassasah atas perintah Allah.
Dia diasuh & diajar oleh Jibril sampai besar.

Dia dikurniakan umur panjang
Nabi Musa a.s,
Nabi Harun a.s &
Nabi Isa a.s
serta pernah berdebat dengan mereka.
Tamim ad-Dari.
Tapi bila Rasulullah SAW wafat,

Tapi pengembaraan kali ni lebih agresif berbanding dulu.
Dan dia itu sebenarnya adalah Dajjal!

Pulau Kediaman Dajjal

Pulau yang didiami oleh Dajjal sewaktu kecil dikenal sebagai

Pulau itu sebenarnya kecil bagaikan kumpulan batu-batu yang membentuk suatu petak bumi yang penuh dengan pelbagai mata air tawar dan segar, serta dikelilingi pepohonan rendang yang saling berjalin dan berpintalan. Pulau itu juga dipenuhi dengan sumber-sumber kebaikan, baik berupa bunga-bungaaan, tumbuh-tumbuhan, mahupun pohon-pohon epal berwarna kuning, berbentuk aneh seperti kepala jin yang nampak indah dan tersusun rapi, dan tidak seperti kepala syaitan yang berbentuk hodoh dan berwajah buruk. Iklim pulau itu selamanya sejuk dan sering hujan.

Pulau itu terletak di Lautan Hindi dekat negeri Yaman. Bahagian laut yang penuh dengan pulau-pulau dan berdekatan dengan negeri Yaman disebut Laut Yaman, bukan Teluk Arab seperti diakui sebahagian orang. Pulau yang didiami oleh anak ajaib itu nampak jauh dan terpisah dari pulau-pulau yang jumlahnya banyak itu. Bahkan, dari kejauhan, pulau itu nampak seperti sebuah bintang yang terlepas dari gugusan bintang lainnya.

Perjumpaan Dajjal Dengan Nabi-Nabi

kronologi ringkas bermula dari zaman Nabi Adam a.s:

1 ADAM
2 IDRIS
3 NUH
4 HUD
5 SALIH
6 IBRAHIM
  • Azad bin Harim mula dapat cerita tentang Dajjal dari Nabi Ibrahim (walaupun Dajjal masih belum lahir) & dia tulis pada daun semacam kurma atau lembaran papirus.
7 LUT

8 ISMAIL

9 ISHAQ

10 YA'QUB

11 YUSUF

12 AYYUB

13 ZULKIFLI
14 SYU'AIB
15 YUNUS
16 MUSA
  • Jarak Nabi Ibrahim a.s hingga Nabi Musa a.s adalah
  • Dajjal mula tiba ke Mesir & jadi anak murid dukun istana Fir'aun. Dajjal diberi nama Samiri oleh dukun tu.
  • Dajjal a.k.a Samiri mula bertemu Nabi Musa & dia diajak untuk beriman kepada Allah tapi Samiri tolak.
  • Berlaku peristiwa Samiri buat lembu untuk sesatkan pengikut Nabi Musa sepeninggalan Nabi Musa bertemu Allah. Bila balik,Nabi Musa marah & Samiri diusir.
  • Samiri mula mengembara ke tempat lain...

17 HARUN

18 ILYAS
19 ILYASA'
20 DAUD
21 SULAIMAN
22 ZAKARIA
23 YAHYA
24 ISA
  • Jarak Nabi Musa a.s hingga Nabi Isa a.s adalah 
  • Dajjal dengar ada orang mengaku nabi lalu Dajjal nak uji dulu.
  • Nabi Isa ajak Dajjal beriman kepada Allah tapi Dajjal tolak.
  • Dajjal tak percaya kenabian Nabi Isa & tak puas hati kenapa bukan dirinya yang jadi nabi?
  • Dajjal mengembara lagi antaranya ke India,Jepun & China. 

25 MUHAMMAD

  • Jarak Nabi Isa a.s hingga Nabi Muhammad SAW adalah 620 tahun.
  • Menjelang kelahiran Nabi SAW, Dajjal pulang ke pulau zaman kecik-kecik kemudian dia ditangkap & dirantai selama 63 tahun.
  • Terima kunjungan Tamim ad-Dari (sahabat Rasulullah SAW).
  • Setelah Nabi SAW wafat, Dajjal pun bebas dan hidup sampai sekarang...

Kisah Tamim Ad-Dari Bertemu Dajjal di Sebuah Pulau

Dalam sebuah hadis Sahih yang sangat panjang, diriwayatkan dalam Riwayat Muslim, Kitab al-Fitan, hadis no: 2942 telah menceritakan tentang kisah Tamim ad-Dari yang pernah dihanyutkan oleh ombak lalu sampai ke sebuah pulau dan berjumpa dengan Dajjal.

حَدَّثَنِي عَامِرُ بْنُ شَرَاحِيلَ الشَّعْبِيُّ شَعْبُ هَمْدَانَ ، أَنَّهُ سَأَلَ فَاطِمَةَ بِنْتَ قَيْسٍ أُخْتَ الضَّحَّاكِ بْنِ قَيْسٍ ، وَكَانَتْ مِنَ الْمُهَاجِرَاتِ الْأُوَلِ ، فَقَالَ : حَدِّثِينِي حَدِيثًا سَمِعْتِيهِ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُسْنِدِيهِ إِلَى أَحَدٍ غَيْرِهِ ، فَقَالَتْ : لَئِنْ شِئْتَ لَأَفْعَلَنَّ ؟ ، فَقَالَ لَهَا : أَجَلْ حَدِّثِينِي ، فَقَالَتْ : نَكَحْتُ ابْنَ الْمُغِيرَةِ وَهُوَ مِنْ خِيَارِ شَبَابِ قُرَيْشٍ يَوْمَئِذٍ ، فَأُصِيبَ فِي أَوَّلِ الْجِهَادِ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَلَمَّا تَأَيَّمْتُ خَطَبَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ فِي نَفَرٍ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَخَطَبَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى مَوْلَاهُ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ ، وَكُنْتُ قَدْ حُدِّثْتُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَنْ أَحَبَّنِي فَلْيُحِبَّ أُسَامَةَ ” ،

Telah disampaikan kepada kami lbn Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah Hamdan bahawa dia pernah bertanya kepada Fatimah binti Qais, saudara perempuan ad-Dhahhak bin Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama. Amir berkata: Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang tidak engkau sandarkan kepada siapapun selain beliau. Fathimah berkata: Jika engkau mahu nescaya aku lakukan. Amir berkata: Tentu, sampaikanlah kepadaku. Fathimah berkata: Aku menikahi lbn al-Mughirah. Dia termasuk pemuda pilihan kaum Quraisy ketika itu. LaIu dia terbunuh pada permulaan jihad bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Ketika aku telah menjadi janda, aku dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah seorang sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Sementara itu, Rasulullah melamarku untuk maulanya, Usamah bin Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Barangsiapa mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah.

فَلَمَّا كَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قُلْتُ : أَمْرِي بِيَدِكَ فَأَنْكِحْنِي مَنْ شِئْتَ ، فَقَالَ : ” انْتَقِلِي إِلَى أُمِّ شَرِيكٍ ، وَأُمُّ شَرِيكٍ امْرَأَةٌ غَنِيَّةٌ مِنْ الْأَنْصَارِ عَظِيمَةُ النَّفَقَةِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَنْزِلُ عَلَيْهَا الضِّيفَانُ ” ، فَقُلْتُ : سَأَفْعَلُ ، فَقَالَ : ” لَا تَفْعَلِي إِنَّ أُمَّ شَرِيكٍ امْرَأَةٌ كَثِيرَةُ الضِّيفَانِ ، فَإِنِّي أَكْرَهُ أَنْ يَسْقُطَ عَنْكِ خِمَارُكِ أَوْ يَنْكَشِفَ الثَّوْبُ عَنْ سَاقَيْكِ ، فَيَرَى الْقَوْمُ مِنْكِ بَعْضَ مَا تَكْرَهِينَ ، وَلَكِنْ انْتَقِلِي إِلَى ابْنِ عَمِّكِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ وَهُوَ رَجُلٌ مِنْ بَنِي فِهْرٍ فِهْرِ قُرَيْشٍ ، وَهُوَ مِنَ الْبَطْنِ الَّذِي هِيَ مِنْهُ ” ، فَانْتَقَلْتُ إِلَيْهِ ،

Maka ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bercakap kepadaku, aku berkata: Urusanku ada di tangan Anda. Nikahkanlah aku kepada siapa sahaja yang anda suka. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Pindahlah kamu ke rumah Ummu Syarik. Ummu Syarik adalah perempuan kaya dan kalangan Ansar yang telah banyak memberikan sumbangan di jalan Allah dan disinggahi ramai tetamu. Aku berkata: Aku akan melakukannya. Maka baginda bersabda: Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang ramai tetamu. Aku tidak suka kain tudungmu jatuh atau baju tersingkap sehingga menampakkan kedua betismu sehingga kaum lelaki akan melihat auratmu. Tetapi, pindahlah ke rumah sepupu mu, ‘Abdullah bin Amr bin Ummi Maktum, seorang Ielaki dari Bani Fihr.

فَلَمَّا انْقَضَتْ عِدَّتِي سَمِعْتُ نِدَاءَ الْمُنَادِي مُنَادِي رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَادِي الصَّلَاةَ جَامِعَةً ، فَخَرَجْتُ إِلَى الْمَسْجِدِ فَصَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَكُنْتُ فِي صَفِّ النِّسَاءِ الَّتِي تَلِي ظُهُورَ الْقَوْمِ ، فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاتَهُ جَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَهُوَ يَضْحَكُ ، فَقَالَ : ” لِيَلْزَمْ كُلُّ إِنْسَانٍ مُصَلَّاهُ ” ، ثُمَّ قَالَ : ” أَتَدْرُونَ لِمَ جَمَعْتُكُمْ ؟ ” ، قَالُوا : اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ ، قَالَ : ” إِنِّي وَاللَّهِ مَا جَمَعْتُكُمْ لِرَغْبَةٍ وَلَا لِرَهْبَةٍ ، وَلَكِنْ جَمَعْتُكُمْ لِأَنَّ تَمِيمًا الدَّارِيَّ كَانَ رَجُلًا نَصْرَانِيًّا ، فَجَاءَ فَبَايَعَ وَأَسْلَمَ ، وَحَدَّثَنِي حَدِيثًا وَافَقَ الَّذِي كُنْتُ أُحَدِّثُكُمْ عَنْ مَسِيحِ الدَّجَّالِ ،

Ketika masa iddahku berakhir, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menyeru mendirikan solat berjamaah. Maka aku pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Aku berada di barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum lelaki. Setelah selesai solat, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau bersabda: Hendaklah setiap orang kekal di tempat solatnya. Selanjutnya baginda bersabda: Adakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu? Mereka menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Akan tetapi aku mengumpulkan kamu adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk memeluk Islam. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal.

حَدَّثَنِي أَنَّهُ رَكِبَ فِي سَفِينَةٍ بَحْرِيَّةٍ مَعَ ثَلَاثِينَ رَجُلًا مِنْ لَخْمٍ وَجُذَامَ ، فَلَعِبَ بِهِمُ الْمَوْجُ شَهْرًا فِي الْبَحْرِ ، ثُمَّ أَرْفَئُوا إِلَى جَزِيرَةٍ فِي الْبَحْرِ حَتَّى مَغْرِبِ الشَّمْسِ ، فَجَلَسُوا فِي أَقْرُبْ السَّفِينَةِ ، فَدَخَلُوا الْجَزِيرَةَ ، فَلَقِيَتْهُمْ دَابَّةٌ أَهْلَبُ كَثِيرُ الشَّعَرِ لَا يَدْرُونَ مَا قُبُلُهُ مِنْ دُبُرِهِ مِنْ كَثْرَةِ الشَّعَرِ ، فَقَالُوا : وَيْلَكِ مَا أَنْتِ ؟ ، فَقَالَتْ : أَنَا الْجَسَّاسَةُ ، قَالُوا : وَمَا الْجَسَّاسَةُ ؟ ، قَالَتْ : أَيُّهَا الْقَوْمُ انْطَلِقُوا إِلَى هَذَا الرَّجُلِ فِي الدَّيْرِ ، فَإِنَّهُ إِلَى خَبَرِكُمْ بِالْأَشْوَاقِ ، قَالَ : لَمَّا سَمَّتْ لَنَا رَجُلًا ، فَرِقْنَا مِنْهَا أَنْ تَكُونَ شَيْطَانَةً ،

Dia menceritakan kepadaku bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka berlabuh menuju ke suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk­-duduk di pantai dekat perahu. LaIu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.  Mereka berkata: Celaka kau, apakah kamu ini ? Binatang itu menjawab. ‘Aku adalah Al-Jassasah (mata-mata/perisik). Mereka bertanya: Mata-mata apa. Dia menjawab: Wahai kalian, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana dia merindukan berita kamu. Tamim ad-Dari berkata: Ketika binatang itu menyebutkan nama seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan betina.

قَالَ : فَانْطَلَقْنَا سِرَاعًا حَتَّى دَخَلْنَا الدَّيْرَ ، فَإِذَا فِيهِ أَعْظَمُ إِنْسَانٍ رَأَيْنَاهُ قَطُّ خَلْقًا ، وَأَشَدُّهُ وِثَاقًا مَجْمُوعَةٌ يَدَاهُ إِلَى عُنُقِهِ مَا بَيْنَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى كَعْبَيْهِ بِالْحَدِيدِ ، قُلْنَا : وَيْلَكَ مَا أَنْتَ ؟ ، قَالَ : قَدْ قَدَرْتُمْ عَلَى خَبَرِي ، فَأَخْبِرُونِي مَا أَنْتُمْ ؟ ، قَالُوا : نَحْنُ أُنَاسٌ مِنَ الْعَرَبِ رَكِبْنَا فِي سَفِينَةٍ بَحْرِيَّةٍ ، فَصَادَفْنَا الْبَحْرَ حِينَ اغْتَلَمَ ، فَلَعِبَ بِنَا الْمَوْجُ شَهْرًا ، ثُمَّ أَرْفَأْنَا إِلَى جَزِيرَتِكَ هَذِهِ ، فَجَلَسْنَا فِي أَقْرُبِهَا فَدَخَلْنَا الْجَزِيرَةَ ، فَلَقِيَتْنَا دَابَّةٌ أَهْلَبُ كَثِيرُ الشَّعَرِ لَا يُدْرَى مَا قُبُلُهُ مِنْ دُبُرِهِ مِنْ كَثْرَةِ الشَّعَرِ ، فَقُلْنَا : وَيْلَكِ مَا أَنْتِ ؟ ، فَقَالَتْ : أَنَا الْجَسَّاسَةُ ، قُلْنَا : وَمَا الْجَسَّاسَةُ ؟ ، قَالَتْ : اعْمِدُوا إِلَى هَذَا الرَّجُلِ فِي الدَّيْرِ ، فَإِنَّهُ إِلَى خَبَرِكُمْ بِالْأَشْوَاقِ ، فَأَقْبَلْنَا إِلَيْكَ سِرَاعًا وَفَزِعْنَا مِنْهَا ، وَلَمْ نَأْمَنْ أَنْ تَكُونَ شَيْطَانَةً ،

Selanjutnya dia berkata: Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang yang pernah kami lihat. Dia diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan, lutut hingga kedua mata kakinya diikat dengan besi. Kami berkata: Celaka kamu, kamu ini siapa? Dia menjawab: Sesungguhnya kamu telah mengetahui tentang ku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu semua ini ?  Mereka menjawab: Kami adalah manusia daripada bangsa Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulau mu ini. Kami duduk di tepi pantainya dan kami masuk ke dalam pulau ini. Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami bertanya: Celaka kamu, siapakah kamu ini? Dia menjawab: Saya adalah mata-mata. Kami bertanya: Mata-mata apa? Dia menjawab: Pergilah kepada orang yang berada di gua ini kerana dia sangat rindu kepada berita kamu. Maka kami pun segera datang kepada kamu. Kami takut pada binatang itu dan kami takut ia adalah syaitan betina.

فَقَالَ : أَخْبِرُونِي عَنْ نَخْلِ بَيْسَانَ ؟ ، قُلْنَا : عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ ؟ ، قَالَ : أَسْأَلُكُمْ عَنْ نَخْلِهَا هَلْ يُثْمِرُ ؟ ، قُلْنَا لَهُ : نَعَمْ ، قَالَ : أَمَا إِنَّهُ يُوشِكُ أَنْ لَا تُثْمِرَ ؟ ، قَالَ : أَخْبِرُونِي عَنْ بُحَيْرَةِ الطَّبَرِيَّةِ ؟ ، قُلْنَا : عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ ؟ ، قَالَ : هَلْ فِيهَا مَاءٌ ؟ ، قَالُوا : هِيَ كَثِيرَةُ الْمَاءِ ، قَالَ : أَمَا إِنَّ مَاءَهَا يُوشِكُ أَنْ يَذْهَبَ ؟ ، قَالَ : أَخْبِرُونِي عَنْ عَيْنِ زُغَرَ ؟ ، قَالُوا : عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ ؟ ، قَالَ : هَلْ فِي الْعَيْنِ مَاءٌ وَهَلْ يَزْرَعُ أَهْلُهَا بِمَاءِ الْعَيْنِ ؟ ، قُلْنَا لَهُ : نَعَمْ ، هِيَ كَثِيرَةُ الْمَاءِ وَأَهْلُهَا يَزْرَعُونَ مِنْ مَائِهَا ،

Orang itu berkata: Ceritakan kepadaku tentang kurma Baisan. Kami menjawab: Tentang apa yang engkau mahu tahu? Makhluk itu berkata: Aku ingin bertanya kepada kamu adakah kurmanya berbuah?. Kami menjawab kepadanya: Ya. Lalu dia berkata: Akan tetapi pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah. Lalu dia berkata lagi: Ceritakan kepadaku tentang Tasek Thabariyyah. Kami pun bertanya: Tentang apa yang ingin kau tahu? Makhluk itu bertanya: Adakah tasik itu masih berair. Mereka menjawab: Ya Tasik itu masih banyak airnya. Dia berkata: Sesungguhnya air tasik itu hampir habis. Dia berkata: Ceritakan kepadaku tentang mata air Zughar. Mereka bertanya: Mengenai apa yang engkau mahu tahu? Dia bertanya: Adakah mata air itu masih memancarkan air? Adakah penduduknya masih bercucuk tanam dan mata air itu?. Kami menjawab: Ya. Ia masih berair dan penduduknya masih bercucuk tanam menggunakan airnya.

قَالَ : أَخْبِرُونِي عَنْ نَبِيِّ الْأُمِّيِّينَ مَا فَعَلَ ؟ ، قَالُوا : قَدْ خَرَجَ مِنْ مَكَّةَ وَنَزَلَ يَثْرِبَ ، قَالَ : أَقَاتَلَهُ الْعَرَبُ ؟ ، قُلْنَا : نَعَمْ ، قَالَ : كَيْفَ صَنَعَ بِهِمْ ، فَأَخْبَرْنَاهُ أَنَّهُ قَدْ ظَهَرَ عَلَى مَنْ يَلِيهِ مِنَ الْعَرَبِ وَأَطَاعُوهُ ، قَالَ لَهُمْ : قَدْ كَانَ ذَلِكَ ؟ ، قُلْنَا : نَعَمْ ، قَالَ : أَمَا إِنَّ ذَاكَ خَيْرٌ لَهُمْ أَنْ يُطِيعُوهُ ، وَإِنِّي مُخْبِرُكُمْ عَنِّي إِنِّي أَنَا الْمَسِيحُ ، وَإِنِّي أُوشِكُ أَنْ يُؤْذَنَ لِي فِي الْخُرُوجِ ،

Dia bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya?. Mereka menjawab: Dia telah keluar dari Mekah menuju ke Yathrib. Dia bertanya: Adakah orang-orang Arab memeranginya?. Kami menjawab: Ya. Dia bertanya: Bagaimana caranya dia melayan mereka? Lalu kami menceritakan kepadanya bahawa baginda telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya. Dia bertanya: Benarkah begitu? Kami menjawab: Ya. Dia pun berkata: Adapun, adalah lebih elok mereka mentaatinya. Sesungguhnya aku akan memberitahu kepada kamu mengenai diriku. Aku ini adalah aI-Masih. Aku hampir akan diizinkan keluar.

فَأَخْرُجَ فَأَسِيرَ فِي الْأَرْضِ ، فَلَا أَدَعَ قَرْيَةً إِلَّا هَبَطْتُهَا فِي أَرْبَعِينَ لَيْلَةً غَيْرَ مَكَّةَ ، وَطَيْبَةَ فَهُمَا مُحَرَّمَتَانِ عَلَيَّ كِلْتَاهُمَا ، كُلَّمَا أَرَدْتُ أَنْ أَدْخُلَ وَاحِدَةً أَوْ وَاحِدًا مِنْهُمَا اسْتَقْبَلَنِي مَلَكٌ بِيَدِهِ السَّيْفُ صَلْتًا يَصُدُّنِي عَنْهَا ، وَإِنَّ عَلَى كُلِّ نَقْبٍ مِنْهَا مَلَائِكَةً يَحْرُسُونَهَا ، قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَطَعَنَ بِمِخْصَرَتِهِ فِي الْمِنْبَرِ ، هَذِهِ طَيْبَةُ ، هَذِهِ طَيْبَةُ ، هَذِهِ طَيْبَةُ يَعْنِي الْمَدِينَةَ ، أَلَا هَلْ كُنْتُ حَدَّثْتُكُمْ ذَلِكَ ؟ ، فَقَالَ النَّاسُ : نَعَمْ ، فَإِنَّهُ أَعْجَبَنِي حَدِيثُ تَمِيمٍ أَنَّهُ وَافَقَ الَّذِي كُنْتُ أُحَدِّثُكُمْ عَنْهُ وَعَنْ الْمَدِينَةِ وَمَكَّةَ ، أَلَا إِنَّهُ فِي بَحْرِ الشَّأْمِ أَوْ بَحْرِ الْيَمَنِ ، لَا بَلْ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ ، مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ ، مَا هُوَ وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى الْمَشْرِقِ ” ، قَالَتْ : فَحَفِظْتُ هَذَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku tinggal selama 40 malam kecuali kota Mekah dan Thaibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan ke atasku. Setiap kali aku mahu memasuki salah satu kota itu, aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap pintu masuk kedua kota itu dijaga oleh para malaikat. Fatimah berkata: Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: lni adalah Thaibah, ini adalah Thaibah, ini adalah Thaibah yakni kota Madinah. Adakah hal ini telah aku sampaikan kepada kamu? Orang ramai menjawab : Benar. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Aku berasa takjub dengan cerita Tamim ad-Dari. Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu berada di lautan Syam atau di lautan Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur. Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur. Selanjutnya Fatimah berkata: Maka aku menghafaz hadis ini daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
[Sahih Muslim, Kitab al-Fitan, hadis no: 2942]

Dimanakah Dajjal Sekarang Ini?

Dajjal sekarang ini berada di Segitiga Bermuda. 

Lepas Nabi SAW wafat Dajjal pun bebas. Dan dia mula mengembara semula ke seluruh ceruk bumi buat kali ke-2. Setelah lama belayar akhirnya Dajjal pun sampai ke satu tempat yang masa tu belum lagi dinamakan sebagai Segitiga Bermuda...

Pada abad ke-8 M (abad ke-2H), ia berlayar menggunakan kapal bertenaga suria di segitiga yang dibayangkannya guna mengunjungi Pantai Florida. Tetapi di tengah malam yang gelap, ia melihat cahaya dari kejauhan. Pada pancarannya terlihat bayangan istana dari kaca seperti kristal, dan pada kilauannya, para pengawalnya melihat makhluk-makhluk seperti anjing dan keledai. Mereka mendengar teriakan dan bisikannya dalam bahasa yang tidak difahami. Dajjal berkata kepada para pengawalnya: “Apa yang aku lihat ini?” Mereka menjawab: "Wahai tuhan kami, kami hanya melihat cahaya dan mendengar bisikan. Khabarkanlah kepada kami apa yang engkau lihat, kerana kami tidak dapat melihatnya. Engkau adalah tuhan kami dan melihat apa yang tidak kami lihat." la menjawab, "Baiklah, serahkan urusan itu kepadaku."

Kemudian ia mengeluarkan beberapa bahan dari kamarnya di atas kapal, lalu mencampurkannya, sehingga nampak bagi setiap orang yang melihatnya bahawa yang demikian itu seolah-olah gunung bercahaya atau binatang liar bertubuh besar yang bersinar. la melihat seluruh makhluk yang mengelilingi istana itu dalam kawalan penjagaan seperti nampak berjalan cepat ke dalam istana kerana ketakutan. Di antara mereka ada yang terbang menjauhi istana dan menjauhi arah kapal yang semakin mendekati istana sehingga merapat ke sana. Akan tetapi, yang aneh adalah bahawa semua pengawalnya mulai menguap dan tertidur seakan-akan mereka dipukau sehingga tidak berdaya. Iapun menguap. Namun tanpa disedari ia meletakkan tangannya pada hidung dan mulutnya, serta bersiap-siap untuk memasuki istana yang membingungkan ini. Ia pun dikejutkan oleh puluhan, bahkan ratusan makhluk mirip anjing, keldai, kucing dan ular yang mengelilinginya sambil menunduk sebagai tanda penghormatan.

Salah satu di antara mereka maju sambil mengulurkan tangannya. Semuanya hitam. Bulunya hitam kelam seperti bulu anjing atau seladang hitam. Makhluk itu berbicara kepadanya dengan perkataan tidak didengar tetapi dipahami melalui telinganya sebagaimana manusia memahami manusia.

Makna perkataannya itu adalah, “Raja agung menantimu. Ia adalah tuhan alam ini. Malam ini engkau menjadi tamunya untuk menyetujui ikatan cinta dan menjalin suatu kerjasama. Engkau menjadi raja yang nampak dan ia menjadi raja tersembunyi. Dajjal memahami seluruh perkataannya. Lalu ia melalui arak-arakan yang menakutkan, sementara ribuan syaitan berdesak-desakan mendekatinya. Bahkan jutaan dari mereka, dalam pelbagai ukuran tubuh dari sebesar semut hingga sebesar lebah, ruas jari tangan, jari, telapak tangan, dan yang panjangnya seperti sehasta manusia, menari dan menyanyikan lagu yang tidak difahami.

Namun ia memahami bahawa mereka sedang bergembira, kegembiraan yang luar biasa seakan-akan mereka menemukan harta pusaka. Kemudian Dajjal pergi ke aula besar yang dipenuhi ambar-gambar syaitan yang didominasi telapak ngan, jemari, jalinan, potongan dan bentuk-bentuk mirip binatang-binatang yang dikenal manusia, sementara yang lainnya berbentuk aneh yang tidak pernah dilihatnya. Yang paling menyolok adalah gambar kera. Ia melihat pada dinding itu terdapat kumpulan-kumpulan yang membingungkan.

Pada jalinan-jalinannya terhimpun berita, khabar gembira atau makna-makna yang dikhususkan untuk manusia dan jin.

Tiba-tiba mereka menghentikannya di hadapan salah satu makhluk yang sedang menunduk agar mereka masuk kepada tuan besarnya sambil menunduk. Ia menolak. Mereka berbisik kepadanya:
"Ini adalah etika masuk kepada raja yang menjadi Tuhan.” Maka ia berkata kepada mereka, “Aku adalah raja yang menjadi tuhan.”

Maka mereka menunduk kepadanya, dan meninggalkannya sendirian. Kemudian ia masuk sambil menunduk. Ia mendapati dirinya berada di dalam ruangan luas dan gelap. Namun cahaya berwarna jingga tua bersinar dari salah satu sisinya. Tiba-tiba ia merasakan seakan-akan seluruh ruangan itu diterangi cahaya seperti api. Ia mendapati dirinya berhadap-hadapan dengan makhluk yang hodoh rupanya, menyeramkan, hampir-hampir membekukan darah dalam salurannya. Kalaulah ia tidak terus menampakkan diri sebagai orang tua seperti orang tua Najd yang dikenal oleh Dajjal sebelumnya, maka Iblis terkutuk itu mendekatinya tanpa menunduk dan Dajjal mendekatinya tanpa menunduk. Lalu keduanya saling berjabat tangan.

Apakah Fitnah Dajjal Itu?

Fitnah Qubra (besar) Dajjal ialah apabila dia keluar memperkenalkan dirinya sebagai tuhan. Dia akan memberikan syurga dunia kepada manusia yang mengaku dirinya tuhan dan dia akan memberikan neraka dunia kepada manusia yang enggan mengaku dirinya tuhan. Manusia yang mengaku dirinya tuhan akan masuk neraka di akhirat kelak. Manusia yang enggan mengaku dirinya tuhan akan masuk syurga di akhirat kelak.

Sekiranya disiksa dalam kepanasan neraka Dajjal, bacalah 10 ayat pertama surah Al-Kahfi, maka nerakanya akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim AS itu menjadi sejuk.

Peringatan: Hafal 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi agar selamat dari fitnah Dajjal. 

Fitnah Shughra (kecil) Dajjal ialah segala hiburan yang melalaikan manusia daripada mengingati Allah SWT.

Siapakah Yang Akan Membunuh Dajjal?

Nabi Isa AS dibantu oleh Al Masih Al Imam Al Mahdi Al Muntazar Al Mansur Al Muhaimin Al Hafiz Al Hadi Al Hafiy Al Wafiy Warahmatullahi Wabarakatuh (Pemimpin Yang mendapat hidayah Yang diawasi Yang mendapat pertolongan Yang dipelihara dan dikawal Yang dijaga Yang kaya Yang mulia Yang jujur Yang dirahmati dan Yang diberkati)

Bagaimanakah Mahu Selamat Dari Fitnah Dajjal?

Dengan memperbanyakkan membaca Surah Yasin dan ayat 1-10 dan 101-110 Surah Al-Kahfi setiap hari terutamanya pada hari Jumaat.

Berikut adalah amalan yang saya cadangkan untuk setiap malam Khamis dan hari Jumaat:

Khamis malam Jumaat: Baca 10 ayat pertama & 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi dan Surah Yasin.

Hari Jumaat: Baca surah Al-Kahfi.

Dengan membaca doa berikut: 



"Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau dari siksa api neraka jahannam dan siksa kubur, dan dari fitnah dalam kehidupan dunia dan fitnah setelah mati, juga aku berlindung dengan engkau daripada kejahatan fitnah Al Masih Dajjal."

Sumber

 Sumber 1 (dari Yaman) 
Dapat dari manuskrip-manuskrip lama milik seorang alim yang tinggal kat daerah Raidah,Yaman yang bernama Haidar bin 'Aril Billah 'Abdullah bin Salam bin Syari. Beliau banyak simpan manuskrip lama yang berusia ratusan tahun malah ada yang dah berusia 700 tahun sebelum Masihi!

Sumber 2 (dari Palestin) 
Dapat dari manuskrip-manuskrip lama yang wujud pada zaman Nabi Ibrahim milik seorang alim yang tinggal kat Palestin,yang tak diketahui nama sebenarnya tapi nama samarannya adalah Abu Basil 'Izzudin Nur. Beliau simpan manuskrip-manuskrip ni dalam bangunan bawah tanah rumahnya yang dah tua.

Ia ditulis dalam huruf Aram lama oleh Azad bin Harim bin Shafur pada daun semacam kurma atau lembaran papirus.Azad hidup pada zaman Nabi Ibrahim & Azad sendiri mengaku dia adalah orang yang paling banyak bertanya pada Nabi Ibrahim tentang Dajjal!

Kemudian manuskrip-manuskrip ni diwariskan secara turun temurun oleh cucu cicit Azad hinggalah masuk ke zaman Nabi Isa. Dan sekarang
dengan kehendak Allah, ada petani yang jumpa manuskrip-manuskrip ni sebelum diserahkan kepada Abu Basil, yang juga pakar bahasa kuno.

Sumber 3 (dari Malaysia) 

Buku 'Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda' karya Muhammad Isa Dawud

Tiada ulasan:

Catat Ulasan