Ini adalah siri mengenai simbol-simbol dalam teori konspirasi yang mungkin banyak di salah anggap oleh orang ramai. Sejak kemunculan siri video the arrival (berterima kasih pada Abdullah Hasheem, pemula siri arrival), ramai orang mulai buka mata tentang konspirasi. Ada yang menganggapnya serius, ada yang sambil lewa, dan ramai yang tidak hiraukan. Tapi, rata-rata yang saya kenal dan jumpa, takut dan obses dengan simbol-simbol ini seolah-olah, segala-galanya adalah dajjal yang punya. Hebat sangatkah dajjal ini?
Jadi, selama beberapa lama saya menyepi dari membuat pengkajian tentang konspirasi, maka kini saya mahu berkongsikan apa yang saya tahu tentang simbol-simbol konspirasi yang mana sebenarnya, kalau di perhatikan, ianya boleh di terjemahkan kepada simbol islamik dan tauhid. Tak percaya, mari kita selongkar dalam siri Konspirasi: simbol yang di putar cahayanya.
SEGITIGA, PIRAMID, TIGA TITIK; simbol dajjal dan setan?!
kalau saya kata;
simbol2 freemason, illuminati etc itu adalah sebenarnya islam yang punya tapi di putar alam oleh dajjal and the geng? apa kata survey?!
Ia adalah simbol bendera israel, di gunakan oleh Kabbalah dan judaism. Banyak pentagram dan diagram mengunakan simbol ini melibatkan penyembahan setan. Banyak di gunakan untuk ritual dan magik. Nampak saja simbol ini, kita terus ingat YAHUDI. Betulkan?!
Tahukah anda bahawa star of david yg israel yang dipakai itu adalah lambang Nabi Daud a.s dan mempunyai maksud yg tersembunyi?! Tapi ingin saya memberitahu bahawa ramai remaja2 yang baru kecimpung dalam pengkajian teori konspirasi ini akhirnya jadi takut dengan lambang star of david tu.. depa kata tu lambang setan.. masyallah, jadi, bagi saya ni lah antara fitnah dajal.. bolak balik batil jadi haq dan haq jadi batil.
MAKSUD TERSIRAT:-
Dari Wiki dan internet;
Star of David ini sebenarnya bermula dari simbol numbor 7, yang mana tengahnya di tarik dan menjadikan sebuah segi tiga. Ini bermakna, ada dua 7 yang di jadikan bentuk segi tiga. 7 yang di maksudkan dalam istilah judaism ialah; 7 malaikat utama seperti jibrail, mikail dan seumpamanya (sedangkan islam ada 10 yang utama). Pun begitu, 7 ini juga di sebut sebagai 7 hari dalam penciptaan. Selain itu 7 juga di maksudkan dengan 7 tingkat langit dan bumi. Ini semua dalam judaism. Malahan, Islam mengesahkan perihal 7 ini (kecuali 7 hari kejadian tu, sedangkan dalam Quran di sebut, 6 masa, bukannya 7 hari)
Secara ringkasnya; Shield of David ini (atau di sebut sebagai Star of David) ini, mengandungi maksud 7 petala bumi dan langit, 7 hari, 7 malaikat dan ia adalah 'perisai'.
saya ada pergi ke galeri shah alam tahun lepas dan ada nampak satu keris yg mana ada 'wafaq' sulaiman.. Sibijik sama seperti star of david tu dan di situ dia di tulis penerangannya, wafaq sulaiman ni untuk kekuatan dalaman dan luaran si pemakai. bagi saya, bukan wafaq sulaiman tu yg terer.. tapi simbolik di sebaliknya. yakni pergabungan alam sgahir dan kabir, 2 kalimah syahadah atau mgkn nur muhammad nur allah yang tak bercerai berai (yg selalu org2 hakikat dok sembang tu laaa)
Keris dengan Wafak Sulaiman |
Kali ni kita sentuh bab piramid lak yang menjadi based untuk star of david. sebenarnya, bukan bentuk piramid tu yg penting, tp tiga bucu yakni tiga titik tu yg penting..
senang kata, 3 perkara dlm pembentuk 1 bentuk piramid. kalau tgk khatamul nubuwah, juga tiga segi (tp ada juga yg kata bukan cam tu, tu hnyalah sebahagian)... meskipun demikian, saya ambil pasal 3 perkara yg telah di ketahui oleh orang hakikat yakni ALLAH, MUHAMMAD, ADAM. tiga perkara penting dalam pembentukkan 'institusi ketuhanan' (mungkin ramai yang kurang faham, tapi silalah mencari perihal ini dengan guru anda sekali. Insyallah akan di terangkan. Jangan ambil di nusanaga.blogspot.com sahaja. Carilah, kajilah, fahamkanlah dan rasailah)
Dan kenapa dua piramid di satukan?
ia adakah mengenai kalimah syahadah, kunci bagi segalanya.
alam atas, alam bawah, alam kabir, alam saghir.
(alam malakut, alam penciptaan, alam semesta, alam dalam diri seperti mimpi, khayalan, minda etc.)
Dan tiap perkara ada oppositenya masing2 (syurga neraka, bulan bintang, tanah air, lelaki perempuan etc.)
Ringkasannya;
Star of david sebenarnya melambangkan penyatuan yg sejati. tp israel mengunakannya sebagai 'lambang kuasa' untuk re-claiming tanah yg kononnya depa yang punya. ia bukan hanya sekadar simbol tp lebih dari itu. ia simbol ketuhanan, kehambaan dan isi sebenar kenapa 'kita ada di sini'...
Jadi, kesimpulan dari STAR OF DAVID ini adalah:-
- Ia milik Nabi Daud a.s
- Di gelar perisai Nabi Daud (yang mana 'suara' Nabi Daud mampu 'memberhentikan' burung dan apa yang bergerak')
- Juga di gelar sebagai 'seal of solomon' atau 'cop mohor Nabi Sulaiman' a.s (tentang peguasaan Nabi Sulaiman yang luas)
- Terdiri dari 7 yang jadi segitiga dan di gabungkan pula dua segitiga tadi (7 angka spirtual)
- Segitika yang mempunyai 3 bucu/titik merujuk pada tiga perkara utama yakni ISLAM, IMAN dan IHSAN yang baru bersatu, gerak seiring. Baru teguh.
- 3 perkara yang juga boleh di rujuk sebagai ALLAH, MUHAMMAD dan ADAM (yang mana di 'pesongkan' oleh falsafah Trinity Kristian dengan meletakkan sebagai Jesus anak tuhan)
- 3 perkara yang juga merujuk pada KEPALA, BADAN dan KAKI (tanpa kepala tak boleh hidup, tanpa badan tak bermanfaat dan tanpa kaki tak mampu bergerak.)
- Gabungan dua segitiga yakni 2 kalimah syahadah yang tidak boleh di pisah ceraikan.
- Ia di gelar perisai Daud dan simbol kerajaan Sulaiman, jadi ia bermaksud 'harus pertahankan 3 perkara dan 2 kalimah' seteguh mana kerajaan Sulaiman yang tak mungkin dapat di tandingi oleh mana-mana pihak.
- Ia adalah lambang darah/genetik keturunan Nabi Allah Sulaiman. Dipercayai makhluk ghaib boleh nampak 'seal of Solomon' @ cop mohor sulaiman ini pada tubuh manusia tertentu.
Source: http://nusanaga.blogspot.com/2011/06/konspirasi-simbol-yang-di-putar.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan