Khamis, 6 Oktober 2011

Perihal Dejavu, Sabar dan Cabaran dalam kehidupan

Salam semua.

Korang pernah dengar pasal Deja Vu tak? Deja Vu tu bila korang mengalami sesuatu peristiwa, lepas tu korang seolah-oleh teringat yang korang pernah mengalami peristiwa tersebut pada suatu masa dahulu. Hari ni aku mengalami perasaan Deja Vu ini. Aku pergi ke ofis dengan beranggapan hari ni ialah hari Rabu. Tiba-tiba bila ku tengok calendar baru aku perasan rupa-rupanya hari ni ialah hari Khamis. Adakah aku telah 'travel back to the future?' Haha, rupa-rupanya perasaan aku sahaja. Walaubagaimanapun aku tetap seronok sebab aku sudah skip sehari dalam hidup aku dan aku makin menghampiri cuti hujung minggu walaupun ianya cuma perasaan semata-mata. Err, akupun tak sure adakah ini contoh yang terbaik untuk perasaan Deja Vu ini. Ha, mungkin contoh yang baik ada dalam filem Matrix ni:


Lepas tu aku nak cerita pasal sifat sabar. Korang perasan tak, dalam ramai-ramai orang dekat ofis korang mesti ada orang yang tak suka dengan korang. Ala, kalau perangai korang baik macam malaikatpun belum tentu semua orang suka kat korang. Buktinya Rasulullah SAW sendiri sebagai manusia yang paling baik dalam duniapun tetap ada orang tak suka kat dia. Abu Jahal, Abu Lahab dan orang kafir Quraisy adalah antara mereka yang tak suka dekat beliau. Kalau Rasulullah SAWpun pernah dipanggil orang gila oleh orang kafir, setakat ada orang yang nak kutuk-kutuk korang tu baik korang buat dunno ajer. Nanti dekat akhirat korang tuntut la pahala dari mamat yang suka kutuk korang tu.

Dalam kehidupan kita ni memang banyak cabaran yang mendatang. Hidup ini umpama roda. Kejap kita kat atas, kejap kita kat bawah. Janganlah kita sombong sangat bila kita kat atas. Tak lama lagi mungkin kita kat bawah pulak dan orang kat bawah naik kat atas pulak. Walaubagaimanapun semua masalah yang kita hadapi tentu ada jalan penyelesaiannya. Kita telah diberikan sistem yang terbaik oleh Allah SWT untuk menyelesaikan semua masalah kita di dunia ini. Masalah duit, awek, kerja semuanya dunia semata-mata yang bersifat materialistik. Kita tak mungkin akan puas dengan material ni. Buktinya orang yang dah ada duit sejuta, tentu dia nak cari duit 10 juta. Yang ada duit 10 juta nak cari duit 100 juta. Tak pernah cukup bro. Ingatlah tujuan kehidupan kita sebenarnya untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Hanya Allah SWT boleh memberi nikmat yang kita cari-cari itu di syurga kelak.

Sifat Sabar itu adalah salah satu sifat Allah iaitu As-Sabur = Yang Maha Sabar. Cuba kita tengok berapa ramai orang yang kafir dan buat jahat kat dunia ini. Allah tetap memberi mereka nikmat kehidupan dan memberi mereka tempoh sehingga ajal mereka. Kalau Allah boleh bersabar dengan kerenah-kerenah manusia yang tidak bersyukur kepadaNya itu, kitapun kenalah bersabar dengan kerenah-kerenah manusia dalam kehidupan kita. Dunia ini hanyalah sementara, kita tengok siapa dia yang lebih bahagia di akhirat kelak.

SUNGGUH KEHIDUPAN DUNIA INI HANYALAH SATU KESENANGAN PALSU

KEHIDUPAN SEBENAR KITA IALAH DI AKHIRAT

OLEH ITU KENAPA MANUSIA TERLALU MENGEJAR DUNIA YANG SEMENTARA INI?

THIS LIFE IS JUST AN ILLUSION

OUR REAL LIFE IS IN THE HEREAFTER

WHY IS IT THEN THAT PEOPLE ARE SO ATTACHED TO THIS TEMPORARY WORLD?

Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi? (112) Mereka menjawab: Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung (umur). (113) Allah berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). (114) Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? (115) (Al-Mukminun 23:112-115)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan