Saturday, 27 August 2011

MENGENAL TUHAN, MENGENAL DIRI DAN MENGENALI ALAM JIN


ALLah Taala mencipta manusia dengan IlmuNya yang Maha Sempurna. Ertinya ALLah Taala itu Wujud hakikinya tersendiri. Maka Dia mencipta manusia sesuai dengan kaedah untuk mengenaliNya sesuai dengan Kemuliaan ZatNya. Oleh itu terciptalah kita dengan jasad, akal, hati, dan alam maya.

Jasad pula tempat tilik mengenal sifat ALLah Taala
Akal berkaitan dengan alam maya. Ertinya alam tempat tilik akal untuk mengenal Kekuasaan ALLah Taala

Dan hati tempat merasakan hadirnya ALLah Taala. Maka inilah cara bersistematik bagi Muslim untuk mengenal ALLah Taala.

Jika Tuhan hanya dirasa, apakah Tuhan itu hakikatnya?  Jika Tuhan hanya difikir, tiadalah tawadu’ hamba itu. Maka jelas dzahir dan bathin adalah umpama isi dan kuku, saling berkaitan dan memerlukan. 


APAKAH RUH SEBENARNYA
Ruh itu adalah diri kita yang sebenarnya.Yang kita harus tahu mengenai sifat-sifatnya dan asal usulnya kerana (ruh) inilah yang akan kembali kehadrat Allah, dan bukannya diri jasad ini.Jasad hanya menjadi pembungkus diri batin yang sifatnya (mahdas) dan akan hancur ditelan bumi.

Pembersihan Ruh yang tidak melalui jalan kenabian tidak akan membawa manusia kepada makrifat, tetapi akan membawanya kepada bentuk khayalan di alam rohani yang dicipta oleh Jin dan Syaithan, sebagaimana mereka yang mengikuti thaghut dan sebagainya.Hal ini telah disedari oleh kebanyakan mereka kerana kekuatan rohani mereka hanya terbatas di alam malakut sedangkan kekuatan rohani orang Islam tiada batasannya.Justeru itu jika kerohanian Islam bertembung dengan yang bukan Islam, nescaya kerohanian bukan Islam rebah tersungkur.Hal ini disebutkan dalm Al-Qur;an:
 
Firman Allah swt: “Jika datang kebenaran akan terhapuslah segala kebatilan”. (al-Isra:81)

Ilmu mereka tidak dapat menembusi seorang mukmin yang memiliki kekuatan kerohanian.Hal ini dapat kita lihat berlaku kepada pendakwah-pendakwah Islam, misalnya di alam Melayu, Nusantara dan India, di mana mereka dapat menundukkan kehebatan ilmu dari ketua-ketua agama luar dari Islam sehingga ramai di antara mereka memeluk Islam.Ini tidak lain kerana ilmu-ilmu kebatinan mereka bersandarkan kepada Jin dan Syaitan sedangkan ilmu kerohanian Islam bersandarkan kepada Allah swt.
Bagi mereka yang mahu membina tenaga kerohanian, perkara-perkara yang bersangkut paut dengan kehebatan yang berbentuk maknawi bukanlah menjadi tujuan.Mereka berpegang dengan kalimah”Ilaahi anta maqsudi, wa ridha kamatluubi” yang bermaksud, ”Hanyalah pada Mu Tuhan yang kami maksudkan dan keredhaan Engkau yang dicari”
Kerana ilmu-ilmu seperti itu adalah rendah disisi Allah swt kerana berbentuk duniawi yang akan hancur.Malah ilmu itu tidak dapat memberi perlindungan kepadanya dalam menghadapi sakaratul maut, ketika di alam barzakh dan seterusnya di alam akhirat.Mereka beramal semata-semata untuk menuju pembinaan iman kerana bagi mereka, sesiapa yang berjaya menjadi kekasih Allah swt, segala ilmu dan kelebihan dunia dan akhirat diperolehi dengan mudah.

Zikir sebagai sumber kekuatan... Firman Allah swt:“….Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.”(ar-Ra’d:28)
Manusia mempunyai empat fakulti pada dirinya iaitu Ruh,emosi (nafsu), akal dan jasad.Ruh diturunkan kealam ini dalam jasad yang diciptakan dari tanah.Ia dibekalkan dengan nafsu dan akal.Manusia yang hanya hidup untuk kekuatan jasad, akal atau nafsu semata-mata akan tewas degan segala ujian hidup.
Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku.Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.
Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan Tuhan.Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt.Tetapi bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu sendiri.
Firman Allah: “Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)

Kekuatan ruh dalam berhubungan dengan Allah berdasarkan ingatan.Tanpa ingat padaNya, ruh tidak berhubung denganNya.Ramai manusia meninggalkan Tuhan tanpa disedari sedang Tuhan tidak pernah meninggalkannya.Apabila ada kesusahan, baru manusia teringat padaNya, merayu-rayu padanya, Tetapi apabila mereka diberi kesenangan, mereka lupa padaNya.

Kaum sufi memulakan pembinaan manusia dengan kekuatan ruh,bukannya akal atau emosi.Ia membina kekuatan ingatan pada Allah sehingga perasaannya terhadap Allah begitu mendalam.

Zikir yang bersungguh-sungguh menyebabkan ruh seseorang itu mempunyai dzauk atau asyik dengan Tuhannya.Tambatan hamba dengan Tuhan bukan sekadar hafalan sifat-sifatNya, tetapi ialah merasai kehampiran dengan Tuhan sehingga hati mereka gementar apabila disebut nama Allah, air mata mereka menitis apabila mengingatiNya.Mereka mersa rindu, cinta sehingga perasaan itu, menyebabkan emosi, akal dan jasad turut bersama-sama merasainya.

Firman Allah swt: "Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu (bersama dan melindungi hambaNya).... (Al-Baqarah:152)
Allah memberi jaminnan bahwa hamba yang kukuh jiwanya dengan Allah akan mendapat perlindunganNya dari gangguan syaitan.Zikir yang bersisilah dan dilakukan dengan teknik yang betul akan mensucikan hati pengamalnya dan meningkatkan ubudiyahnya kepada Allah.Semangkin tinggi ubudiyyah, semangkin tawadhuk dan semangkin kerdil hamba itu terhadap Tuhannya sehingga ke tahap merasa hilang wujud diri (fana) , maka semangkin kuatlah Tenaga Illahi yang terlimpah pada qalbinya.Ia selari dengan perinsip sains bahwa semangkin kecil sesuatu atom itu , maka semangkin hebat tenaga dan kuasanya.
Tenaga zikir adalah tenaga dari Illahi, ia mempunyai cahaya yang hebat yang datang dari alam Lahut.Energi zikir akan menyucikan segala kotoran pada qalbi sehingga qalbinya akan terkeluar cahaya alam Lahut yang tertutup selama ini disebabkan kekotorannya.Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya jiwanya (mazmumah).Ia juga akan bergerak menguatkan Ruh Sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikiran tajam dan kreatif.Getaran cahayanya yang tinggi ini juga akan menguatkan Ruh Jasmani atau tenaga dalam atau gelombang elektromagnet yang bergerak aktif dalam tubuhnya. Gelombang atau tenaga inilah yang mengawal segala fungsi dan organ dalam tubuh manusia.Apabila tenaga ini terganggu atau lemah, maka ia akan mendedahkan seseorang itu kepada serangan pelbagai penyakit.Tenaga dalam badan ini juga mewujudkan medan magnetik yang juga disebut aura.Ia mengelilingi seluruh badan dan menjadi benteng pertahanan diri seseorang dan dapat mengesan gelombang-gelombang di sekelilingnya sama ada positif atau negatif.Semangkin kuat tenaga elektromagnet dalam tubuh, semangkin kuatlah medan magnet atau benteng dirinya.

Kaum sufi berzikir dengan mengikut garisan tertentu pada anggota tubuhnya dan dibuat berulangkali sehingga terasa kesan pada qalbinya seperti panas atau pedih.Ia selari denga hukum fizik yang menyatakan bahwa melakukan gerakan atau geseran pada tempat yang sama secara ulang alik akan menghasilkan tenaga elektrik.Tenaga yang diperolehi itu diqasadkannya untuk penyucian ammarahnya.Seseorang ahli zikir atau orang yang khusyuk dalam ibadah mempunyai ketenangan yang tinggi.Sains mengatakan semangkin tenang atau hening sesuatu objek itu, maka gerakan atom atau tenaga yang berhasil amatlah laju.Justeru, semangkin seseorang itu tenang, tenaganya makin kuat dan laju.Tenaga yang ada pada dirinya itu boleh diqasadkan perbagai kegunaan zahir dan batin.Ingat ini dituntut oleh Allah dalam firmanNya yang berbunyi:

Firman Allah swt: “Hendaklah kamu ingat akan Allah diwaktu berdiri, diwaktu duduk, dan diwaktu berbaring.”(An-Nisa:103)
“Hendaklah kamu ingat Tuhan yang telah memeliharamu didalam hati dengan rasa hormat dan takut (serta harap akan kurnia-Nya) dengan tidak menyebut dimulut pagi dan petang (terus menerus) dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai”.(al-A’raf:205)





SIAPAKAH ‘AKU’ SEBENARNYA?
Dalam ilmu tarekat tasauf, persoalan "siapakah aku" adalah perkara yang wajib dikaji dan dibahaskan..didalam usaha memburu makrifatullah yang sebenarnya...dengan makrifatullah yang sebenarnya itulah baru lah kita mampu merasai kemanisan iman didalam lubuk hati...

Menurut  ilmu usulluddin, perkara yang dibahaskan adalah hanya berkaitan mengenali sifat bagi Zat Allah s.w.t sahaja tanpa membicarakan bagaimanakah cara bagi mendapatkan dan merasai keimanan dilubuk hati...rasa keimanan didalam lubuk hati inilah yang dikenali sebagai perasaan (Dzauq), iaitu perasaan rindu,takut,mengharap dan mencintai Allah dengan sebenar-benar cinta..

‘Dzauq’ inilah yang menjadi inti tujuan ibadah untuk mencapai hakikat "IHSAN"...dan khusyuk didalam solat... didalam ilmu tarekat tasauf bimbingan dari guru yang muryid akan membimbing para muridnya untuk menyucikan hati dari kekotoran nafsu hubbun dunia (mencintai dunia), nafsu syaithon dan nafsu kebinatangan...dengan pemberian talqin, zikir dan wirid tertentu yang mempunyai salsilah yang benar dari rantaian nur Muhammad s.a.w...

selain itu para murid juga akan didedahkan dengan kajian ilmu hakikat insan,iaitu suatu ilmu yang tinggi nilainya..pecahan bidang ilmu ini jugak sebenarnya dimanfaatkan oleh para nenek moyang kita dulu didalam menghasilkan suatu kaedah ilmu perubatan alternatif bagi mengatasi masalah gangguan mahkluk halus atau penyakit fizikil dari yang kronik hinggalah ke demam biasa... zaman dulukan mana  ada ubat-ubat kimia macam skarang...tapi jangan pandang rendah dengan method lama ni...  berbalik pada persolan siapakah aku?...ia merujuk kepada bagaimana kita mau mengenal diri kita sendi persoalannya...mengenal diri ni...adakah ia merujuk kepada diri kita yang zahir nie ke?
Jawapannya: tidak,untuk mencapai makrifah kepada Allah s.w.t, kita wajib mengenal diri kita yang batin,ia merujuk kepada ruh kita, dalam tasauf mengelarkannya sebagai "Diri sebenar-benar diri". sebagaimana sabda Rasullullah maksudnya: "barang siapa yang mengenal dirinya, maka ia akan mengenal Tuhannya".

secara sederhananya diri manusia dapat dibahagikan kepada empat (4 ) pecahan iaitu...:
1.      diri terdiri merujuk kepada jasad zahir kita, jugak dikenali sebagai A'yan Khorojiyyah...diri kita yang zahir ini terdiri dari 4 elemen iaitu api,angin,air,tanah.
2.      diri terperi, merujuk kepada semangat or nafsu jugak dikenali sebagai Ruh Thomaiz.
3.      diri sebenar-benarnya diri, iaitu ruh, juga dikenali sebagai a'yan sthabitah.
4.      diri seakmalnya diri, iaitu merujuk kepada sifat Allah s.w.t iaitu Sifat Wujud Am..



MENGENALI ALAM JIN
Perkataan “Jin” berasal dari bahasa Arab. Istilah jin atau jiwa berasal dari perkataan “jiniy” yang membawa maksud “yang tersembunyi” atau yang tidak terlihat.Kerana hakikat kita bagi manusia,bangsa jin adalah bangsa yang tidak terlihat menggunakan mata fizik (pancaindera) kita. Allah s.w.t menciptakan jin sebelum menciptakan manusia dengan selisih waktu yang cukup lama.Sebagaimana firman allah di dalam surah Al-Hijr: ayat 26-27
“Dan sesungguhnya,kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang dibentuk.Dan kami telah menciptakan jin,sebelum itu dari api yang sangat panas”.
Imam Muslim dalam shahih-nya,mencantumkan sebuah hadis yang diterima dari “urwah”.dari “Aisyah” yang meriwayatkan Rasullullah S.A.W berkata: 
“malaikat dijadikan dari cahaya dan jin dari nyalaan api dan adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu”.Dengan yang demikian dapatlah di kesimpulkan di dalam Al-quran mahupun hadis telah menegaskan tentang materi asal penciptaan jin adalah “api”.
Apabila dikaji dan diselidiki perbandingan diantara bangsa jin dan manusia adalah seperti berikut yang dipecahkan kepada dua alam iaitu alam materi dan alam astral.Di alam materi,kehidupan manusia mengalami perubahan unsur-unsur kimiawi dari tanah,layaknya manusia yang berasal dari tanah.Jasad manusia yang kecil berubah secara perlahan-lahan menjadi dewasa mengikut peredaran waktu dengan mengambil pemakanan seperti daging,ikan ,tumbuhan sayuran dan sebagainya. Manakala dialam astral,bangsa jin yang dijadikan daripada api adalah bersifat lebih halus berbanding elemen tanah,maka tidak hairanlah fizik bagi jin adalah jauh lebih lembut daripada fizik manusia.
Jika diterangkan melalui ilmu fizik didalam pembahasan partikel-partikel atom,partikel atom secara umumnya dapat dibahagikan kepada:
1) Elektron
2) Proton
3) Neutron
Proton dan neutron merupakan inti bagi atom, manakala electron pula merupakan zarah yang mengelilingi inti atom terbabit.Dan kini para pengkaji fizik telah menjumpai pula partikel penyusunan electron yang dikenali sebagai “Quark” (zat dasar penyusun materi)
Jika diamati melalui sudut ilmu spiritual dan konsep metafizik iaitu ilmu terawangan tingkat tinggi, ternyata “quark” itu merupakan unsur-unsur “penyusun materi alam astral” .Disini dapatlah kita fahami,bagaimana lembutnya materi jasad alam jin ,ia tetap berbentuk, wujud dan boleh dirasai dengan tangan alam astral.Kajian ilmu fizik ini juga dapat menerangkan secara teori,bagaimana mahluk halus khususnya bangsa jin berupaya menembusi jasad kasar seperti dinding dan jasad kasar yang lainnya dengan alasan tubuh bangsa jin itu adalah lebih halus,dengan maksud materi alam nya adalah lebih lembut daripada materi alam kita (alam manusia).Kesimpulan ini adalah kesimpulan yang rasional berdasarkan kajian ilmu mantik dan teori ilmu fizik.
Bentuk jasad jin juga ada yang menyerupai bentuk manusia,dengan perbezaan yang kecil sahaja iaitu dari bangsa jin tingkat tinggi( jenis rohaniah suci dan bersih ) ,manakala bangsa jin tingkat rendah (jenis rohaniah rendah dan kotor) pula berupa amat hodoh,aneh dan pelik. Menurut Muhammad Isa Dawud yang bersahabat dengan jin muslim (buku: Dialog dengan jin islam),menerangkan ciri-ciri bentuk jin jenis rohaniah bersih (berugama islam) iaitu:
1) Meyerupai seperti manusia,hanya ada perbezaan kecil.
2) Saiz kepala lebih besar dalam bandingannya dengan tubuh.
3) Matanya lebih memanjang (memanjang kearah atas dan memanjang mereng kebawah dahi)
4) Matanya tidak sepet malah besar dan lebar,seperti mata rusa,dalam bentuk yang memanjang.Warna matanya sama seperti manusia, coklat,itam kuning dan sebagainya.
5) Telingganya memanjang dan meruncing kedua-duanya mirip dengan telingga kuda.
6) Hampir semua jin lelaki yang berugama islam berjanggut panjang,kerana mengikut sunnah Rasullullah s.a.w.
7) Rambutnya adalah lebat dan panjang.Jin lelaki rambutnya kasar dan sebahagian besar berkepala botak.
8) Semua jin bertanduk kecil seperti huruf “Nun”.
9) Lengan jin mirip dengan lengan tangan manusia,Cuma kuku jin lebih panjang dari kuku manusia dan kakinya jin agak berbeza kerana keruncingan kaki-kakinya.
10) Tulang belakang jin lebih besar tetapi sangat lentur,berbeza daripada manusia. Organ tubuhnya jin lebih kecil dari tubuhnya manusia,tetapi funginya sama.begitu juga dengan alat pencernaannya untuk mencerna makanan.Hanya najisnya jin tidak berbentuk kasar,melainkan berbentuk hampir dengan gas atau angin pekat.
11) Alat kelaminnya sama seperti manusia,gadis dari bangsa jin jua mempunyai selaput dara dan akan hamil seperti wanita dari bangsa manusia,kerana jin lelaki jua mempunyai sperma (benih).
12) Warna jin jenis rohaniah tingkat tinggi (islam) adalah keputihan dan warana jin jenis rohaniah rendah (kafir) bewarna merah,hitam pekat atau berbulu tebal.Bangsa jin tingkat rendah jua sangat primitive,wajah yang hodoh tak keruan.
13) Kehidupan bangsanya jin sangat sama dengan manusia,ada cinta,kasih sayang,dan perselisihan.ada permusuhan dan kebencian.
14) Persetubuhan diantara jin lelaki dan perempuan jua sama seperti manusia,ada berahi dan keinginan untuk bersetubuh,kerinduan,perasaan dan emosi sama seperti manusia.
15) Purata umur perkahwinan yang baik bagi manusia sekitar usia 20 tahun hingga 40 taun.manakala baginya jin sekitar usia lingkungan 170 hingga 250 tahun (umur dimana jin mula bekahwin..
16) Jin wanita yang mengandung,dimana usia kandungan adalah 15 bulan,kesulitan melahirkan anak lebih sukar bebanding wanita dari bangsa manusia,kerana kandungan jin (sekali mengandung) boleh mencapai 7 hingga 12 janin di dalam rahim ibunya dalam satu-satu masa.
17) Wanita dari bangsa jin juga menyusukan anak sepertilah ibu-ibu dari bangsa manusia.Namun waktu penyusuan mencecah puluhan tahun bagi jin.
18) Dialam jin terdapat cahaya namun tiada matahari.Di mana alam astral adalam alam yang lebih lembut dan halus dari alam materi manusia.  

No comments:

Post a Comment