Selasa, 12 Julai 2011

The Arrivals Part 02 (Penguasaan Minda) - Malay Sub

Dalam video ini diterangkan tentang cara-cara Freemason ini cuba mempengaruhi pemikiran pemuda-pemudi Muslim iaitu melalui media. Sekarang ini kita disogokkan dengan bermacam-macam siaran di tv, di internet, astro etc. Islam tidak melarang hiburan yang mengikut syariat seperti lagu cinta, lagu nasyid, cerita di media yang mengandungi pengajaran dsb.

Yang Islam larang cuma perkara-perkara lagha di media seperti perempuan yang seksi, berita2 yang takde faedah seperti kisah jenayah, kisah liwat dan juga cerita2 yang tiada pengajaran seperti kisah gaduh, kisah bunuh, dsb.

Kembalilah kepada tuntutan Islam itu sendiri yang melarang perkara lagha. Tutuplah tv anda. Gunakanlah internet untuk mencari ilmu. Gunakanlah masa yang ada untuk membaca buku, hadir majlis ilmu, mendengar ceramah agama, merapatkan hubungan silaturrahim dsb. Kalau nak tengok movie jugak, tengoklah cerita yang ada pengajaran seperti cerita P Ramlee ke, cerita Ayat-Ayat Cinta ke dsb.

Amalkanlah ayat pertama yang diturunkan Allah iaitu IQRA (bacalah) agar ilmu anda bertambah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan