Friday, 22 July 2011

Pendedahan Konspirasi & Penipuan Dunia



Berikut adalah daftar 25 prinsip / tujuan Illuminati yang telah Adam Weishaupt tetapkan selepas Rothschild mula membiayai konspirasi Illuminati.

25 matlamat berikut akan di laksana oleh Amerika dan seluruh dunia, susunan langkah demi langkah, panduan (manual) bagaimana konspirasi Illuminati akan dilaksanakan, pada dasarnya ia memperlihatkan semua rancangan jangka panjang mereka, berdasarkan arahan pengasas Illuminati pada tahun 1776.

25 Objektif Illuminati

1. Aturkan semua manusia supaya lebih cenderung dan senang ke arah kejahatan berbanding kebaikan.

2. Anjurkan gerakan Liberalisme (hancurkan keagamaan)

3. Gunakan idea "kebebasan" untuk mewujudkan pertentangan atau krisis antara kelas dalam masyarakat

4. Gunakan segala cara untuk mencapai Tujuan Illuminati seperti yang telah ditetapkan.

5. Perolehi/dapatkan "Hak" untuk "BERDUSTA" ke atas setiap peristiwa yang berlaku.

6. Kekuatan sumber dan keupayaan harus tidak kelihatan sehingga saat benar-benar telah bersedia dan memperoleh kekuatan yang tidak boleh lagi di permainkan atau dimusnahkan.

7.Galakkan masyarakat supaya cenderung untuk merusuh (secara psikologi) sebagai satu cara menguasai mereka.

8. Pergunakan alkohol, dadah, rasuah dan segala bentuk maksiat secara sistematik untuk merosakkan golongan belia.

9. Berusaha memiliki kekayaan, harta atau aset dengan apa cara jua pun

10. Gunakan slogan-slogan hebat seperti hak asasi, kebebasan, persaudaraan sebagai pegangan / tuntutan rakyat jelata dalam peperangan psikologi

11. Peperangan harus diatur, sehinggalah kedua-dua pihak yang bertentangan bakal mengalami masalah hutang yang berat kemudian dianjurkan perdamaian setelah mereka menjadi lemah (tidak lagi berupaya) untuk mengawal kedaulatan wilayah masing-masing

12. Setiap ahli perlu menggunakan kekayaan yang ada untuk menentukan "calon" yang dipilih dan tempatkan di pejabat awam. Taat kepada tuntutan mereka (ahli) dan gunakan mereka (calon) sebagai bidak dalam percaturan orang-orang di belakang layar. Penasihat harus dipelihara dan dilatih sejak kecil untuk menguasai urusan dunia.

13. Mengawal akhbar atau media.

14. Agen akan muncul ke hadapan selepas mencetuskan kacau bilau dan berindak pula dengan lagak sebagai penyelamat orang awam.

15. Wujudkan kemelesetan industri dan kepanikan / kegawatan kewangan, pengangguran, kelaparan, kekurangan makanan dan gunakan keadaan ini sebagai alat untuk menguasai orang ramai atau para perusuh dan kemudian gunakan perusuh ini untuk menghapuskan semua penghalang.

16. Menyusup ke dalam pertubuhan rahsia Freemason dan gunakannya bagi keperluan Illuminati.

17. Kendalikan penipuan secara sistematik, dengan menggunakan "slogan" secara lantang dan ungkapkan janji manis kepada masyarakat bahawa mereka bakal nikmati kebebasan dan hidup mewah walaupun semua itu adalah palsu

18. Rancang dengan teliti untuk sesuatu resolusi, bincangkan halacara pertempuran di jalanan, aturkan mana-mana yang perlu untuk mempercepat kejayaan menguasai penduduk.

19. Gunakan agen sebagai pemberi maklumat atau nasihat di belakang tabir selepas berlaku perang atau huru hara dan gunakan diplomasi secara rahsia untuk mengawal keadaan.

20. Bangunkan monopoli berskala gergasi menuju ke arah penguasaan kerajaan dunia .

21. Gunakan cukai yang tinggi dan wujudkan persaingan yang tidak sihat untuk membawa kehancuran ekonomi dengan menguasai bahan mentah. Aturkan pergerakan para pekerja dan biayai pesaing mereka.

22. Membina kekuatan persenjataan melalui pasukan Polis dan Tentera untuk melindungi kepentingan kita.

23. Ahli dan pemimpin-pemimpin kerajaan sedunia (OWG) akan dilantik oleh pengarah.

24. Menyusup ke semua kelas dan lapisan masyarakat dan kerajaan untuk tujuan menipu, memperkotak-katikkan dan rosakkan golongan muda dengan mengajar teori dan prinsip-prinsip yang kita tahu adalah palsu.

25. Undang-undang Nasional dan Antarabangsa perlu digunakan untuk menghancurkan peradaban, memperhamba dan mengawal orang ramai.
 
Sumber: http://syamsul-meiji.blogspot.com/2011/07/pendedahan-konspirasi-penipuan-dunia.html

No comments:

Post a Comment