Tuesday, 26 July 2011

TEORI RAHMAN DAN NOTONOGORO

PM Malaysia sekarang adalah yang ke-6. Presiden Indonesia sekarang juga yang ke-6. Kedua-dua negara menanti yang ke-7. Teori/ramalan RAHMAN di Malaysia telah berakhir. Teori/ ramalan NOTONOGORO di Indonesia pula belum bernokhtah. RAHMAN + NOTONOGORO = ???.

MALAYSIA :
(Turutan PM yang berkuasa di Malaysia) :

R : Rahman
A : Abdul Razak
H : Hussein Onn
M : Mahathir
A : Abdullah
N : Najib

INDONESIA :
(Presiden yang memerintah lebih dari satu penggal : 5 tahun dan ke-atas) :

NO : sukarNO
TO : suharTO
NO : yudhoyoNO (Presiden Indonesia sekarang...)
GO : sutiyoGO
RO : iswan basRO

REVOLUSI KHILAFAH NUSANTARA :

UTAMA :
1. Nama Malaysia ditukar kembali kepada Tanah Melayu.
2. Nama Indonesia ditukar kembali kepada Tanah Jawa.
3. Bergabung membentuk Gagasan Nusantara.
4. Ketua Agama di Tanah Melayu adalah Sultan Agong Tanah Melayu (SATM).
5. Ketua Agama di Tanah Jawa adalah Raden Agong Tanah Jawa (RATJ).

SISTEM PERUNDANGAN :
1. Acuan sistem perundangan penjajah akan ditukar. Perundangan di Gagasan Nusantara akan dikenali sebagai Piagam Nusantara. Ia mencontohi sistem yang digunapakai dalam Piagam Madinah semasa pemerintahan Rasulullah dan para sahabat. Sejarah membuktikan sistem perundangan Allah dapat menyelesaikan semua permasalahan sejagat.

PERTAHANAN NEGARA :
1. Lapisan Pertama : Angkatan Tentera Nusantara (Gabungan pasukan Tentera di Nusantara).
2. Lapisan Kedua : Pasukan Polis Nusantara (Gabungan pasukan Polis di Nusantara).
3. Lapisan Ketiga : Angkatan Gayong Nusantara (Gabungan semua pertubuhan silat di Nusantara).

EKONOMI :
1.  Matawang dinar akan dikuatkuasakan di Nusantara. Ia bersandar kepada nilai emas.
2. Jaringan Syarikat Peniagaan Islam Global dibentuk.
3. Letupan Ekonomi akan berlaku.

PELAKSANAAN :
2011 – 2012 :
Gerakan serangan bawah sedar (The Muslim Hidden Hand) – TMHH.

2013 – 2019 :
Pelaksanaan serangan maklumat disaluran media (internet, tv, radio dan akhbar).

2020 :
DIZAHIRKAN (Munculnya seorang yang diangkat menjadi pemimpin di Nusantara).

“Mereka merencana, kita juga merencana... dan sebaik-baik perencana adalah Allah...”

“Barangsiapa yang berjaya menguasai masa dan ruang, mereka akan berjaya menguasai dunia...”


THE MAN FROM THE EAST

The Man From The East,
Tercetus dari ramalan manusia,
Bangkitnya seorang yang akan berkuasa,
Mengegar setiap penjuru dunia,
Mengejut dunia yang sedang lena,

The Man From The East,
Munculnya dari sebelah Timur,
Pertembungan tiga lautan nan makmur,
Nama kan gah pastinya tersohor,
Mengubah dunia yang kelam dan kabur,

The Man From The East,
Serban biru imej dibawa,
Sunnah dari Nabi tercinta,
Membawa sistem ekonomi Yang Esa,
Mengubah seluruh sistem manusia,

The Man From The East,
Kemunculannya terus dinanti,
Oleh dunia sehari hari,
Bagi seorang pejuang sejati,
Inilah saat yang dinanti,

The Man From The East,
Mungkinkah beliau dari Malaysia,
Atau mungkinkah dari Indonesia,
Pemimpin agung yang dinanti dunia,
Mengegar seluruh alam semesta,
Moga dari golongan agama,

The Man From The East,
Dunia menanti kemunculanmu,
Bagi merubah yang bercelaru,
Di dunia kejam yang penuh seteru,
Kahabarkanlah kemunculanmu,
Agar dapat kami berjuang bersamamu...

1 comment:

  1. masa rasulullah dulu di gelar junjungan besar tuhan muhammad rasulullah, akhir zaman imam mahdi dari keturunan ahlul bait berdarah raja di gelar junjungan besar dymm tuhan amirul mukminiin, dia akan datang sendiri berseorangan terus mengambil alih pemerintahan Malaysia terus di sambut semua negara negara Islam yang lain dibawah panji panjinya. Bila dia tertabal secara automatik hanya Allah jua lah yang mengetahuinya.

    ReplyDelete