Monday, 18 July 2011

Sajak

Perjuangan Yang Dijanjikan Tersendiri
Akan berlaku di akhir zaman satu perjuangan yang tersendiri
Perjuangan itu berlaku di sebelah Timur
Ia tidak terikat dengan sistem yang ada
Ia tidak akan berkompromi dengan perjuangan yang sedia ada
Tapi orang-orangnya boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja
Masyarakat senang dan suka
Perjuangannya tidak sudi dengan perjuangan orang
Perjuangan orang juga tidak sudi dengan perjuangannya
Perjuangannya tersendiri
Kalau perjuangan orang lain boleh bela-membela satu sama lain
Tapi perjuangannya tidak dibela
Dia juga tidak membela perjuangan orang lain
Perjuangan orang lain boleh bergabung
Namun perjuangannya tetap tersendiri
Perjuangannya ganjil dan aneh di kalangan perjuangan yang sedia ada
Orang yang sayang, sayang sangat hingga hilang pertimbangan
Yang benci pula, benci sangat sampai hilang pertimbangan
Hingga hilang rasionalnya
Itulah dia perjuangan Pemuda Bani Tamim
Yang tidak terikat dengan sistem pada zamannya
Tapi dia tetap pula berjuang dengan caranya
Siapa yang mengenalinya
Wajib menggabungkan diri dengan perjuangannya

PBT Perintis Jalan Kepada Imamul Mahdi
Pemuda Bani Tamim adalah perintis jalan kepada Imamul Mahdi
Membina tapak ummah
Dia datang dari sebelah timur
Hadis menyatakan permintaannya tidak diberi
Ertinya perjuangannya dihalang
Kebebasannya dan haknya dibatasi
Tapi dia tidak putus asa
Dia tetap berjuang melalui kebijaksanaannya
Dia ada jalannya tersendiri
Secara umum payah hendak dikesan
Fizikalnya tidak disimpan seperti Imamul Mahdi
Sifat-sifat dan watak-wataknya yang disembunyi
Iaitu orang tidak mengenalnya
Dia dikenali sebagai orang biasa atau pemimpin biasa
Seolah-olah dia disimpan juga
Apabila Allah kehendaki dia akan dikenalkan
Allah akan lahirkan sebab-sebabnya agar dia dikenali
Semua manusia akan terkejut
Rupanya Pemuda Bani Tamim itu orang yang pernah dikenali mereka
Tapi mereka tidak menyangka dia orangnya
Ramai pemimpin-pemimpin akan kecewa
Kerana pemuda itu bukan dari mereka

No comments:

Post a Comment